X

Kindly register in order to view this article
!

Rentas negeri bertemu suami atau isteri dibenarkan seminggu sekali

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bagi suami atau isteri untuk bertemu keluarga masing-masing seminggu sekali sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mereka yang berhasrat berbuat demikian perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran.

“Ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini di mana suami atau isteri yang duduk berjauhan diberikan kelonggaran melakukan perjalanan merentas negeri untuk bertemu keluarga mereka.

“Bagi suami atau isteri hari minggu ini perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebelum melakukan pergerakan rentas negeri ini,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus