Arab Saudi sumbang 7 juta unit peralatan perubatan

Arab Saudi sumbang 7 juta unit peralatan perubatan.
Arab Saudi sumbang 7 juta unit peralatan perubatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi menyumbang tujuh juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sumbangan itu telah diperkenankan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

"Berita baik ini dikongsi sendiri oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan sewaktu pertemuan kami di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini.

"Kesemua peralatan perubatan ini akan disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara peralatan perubatan yang disumbangkan Arab Saudi adalah lima juta unit surgical mask, satu juta topeng muka N95, 300,000 pelindung muka, 741,840 pakaian pelindungan dan 80 unit bantuan pernafasan.

Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein

Kata Hishammuddin lagi, setakat hari ini sejuta unit topeng muka N95 telah sampai ke Malaysia dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sesungguhnya, perkenan Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan kesanggupan kerajaan Arab Saudi membantu Malaysia dalam perkara ini sekaligus membuktikan keakraban hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi.

Artikel Berkaitan:

"Bagi pihak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia, saya amat berterima kasih kepada Raja Arab Saudi, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud; Putera Mahkota merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud; Menteri Luar Arab Saudi, Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud dan seluruh kepimpinan tertinggi kerajaan Arab Saudi," katanya.