Pengurusan kediaman berstrata perlu benarkan penghuni pulang

Ismail Sabri ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan meminta pihak pengurusan kediaman berstrata membenarkan penghuni pulang ke rumah mereka selepas terkandas di kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan tidak membenarkan memasuki rumah mereka bukan arahan daripada kerajaan, tetapi pihak pengurusan bangunan kediaman.

"Itu bukan arahan kerajaan dan saya harap mereka tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Saya dimaklumkan bahawa ramai tidak boleh pulang ke kondominium atau pangsapuri masing-masing selepas pulang semula ke bandar dari kampung. Mereka ini terpaksa menyewa di tempat lain sementara menunggu kebenaran memasuki semula rumah," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada pemberita berkaitan tindakan pihak pengurusan bangunan kediaman berstrata yang tidak membenarkan penghuni memasuki rumah selepas kembali dari kampung.

Artikel Berkaitan: