Suami Ratu Elizabeth terlibat kemalangan

Keadaan kenderaan Philip yang terbalik tular di media sosial.
A
A

LONDON - ENGLAND. Suami kepada Ratu England, Queen Elizabeth, Putera Philip, 97, terselamat selepas kereta Land Rover yang dipandu Duke of Edinburg itu terbalik ketika bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Kejadian berlaku berhampiran estet diraja Sandringham, ke timur England.

Bagaimanapun dua wanita yang menaiki kereta jenis Kia yang bertembung dengan kenderaan Putera Philip itu hanya mengalami cedera ringan, menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan keluar.

Gambar insiden itu tular di media sosial memaparkan kenderaan Putera Philip terbalik.

Memetik BBC, saksi nahas memberitahu, kejadian itu berlaku ketika Putera Philip baru keluar dari kediamannya itu menuju ke jalan utama.

Istana Buckingham kemudiannya mengesahkan kejadian yang berlaku pada Khamis itu.

“Duke (Putera Philip) tidak cedera,” tambah kenyataan itu lagi.

Seorang jurucakap istana juga mengesahkan Putera Philip adalah pemandu kenderaan terbabit dan tidak mengalami sebarang kecederaan termasuk pengawal peribadinya.

Beliau pernah menjalani pembedahan pinggul bertempat di Hospital King Edward VII London pada April tahun lalu. - BBC