X

Kindly register in order to view this article
!

Achey jaga bapa sakit

Paparan akaun Instagram Achey menarik perhatian peminatnya.
A
A

PELAWAK terkenal, Achey meluangkan masa bersama bapanya, Hamzah Salam yang dikatakan kurang sihat, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berkongsi di akaun Instagram miliknya, Achey atau nama sebenar Mohd Nasir berkata, sebelum ini, adik-beradiknya mengalas tanggungjawab menjaga bapanya ekoran dirinya terlalu sibuk dengan tugas hariannya namun selepas PKP dilonggarkan pada 4 Mei lalu, adik-beradiknya telah kembali bekerja dan menyerahkan tugas menjaga bapa kepadanya.

"Tiba giliran aku... selagi ada ruang dan peluang untuk mereka... terima kasih abang, kakak dan adik-adik, selama dua bulan kamu semua terus jaga permata kita ni.

"Kini semua sudah kena kerja semula tapi kamu semua kena jaga kesihatan dan keluarga. Duit memang boleh cari tapi jasa dan tenaga kamu semua tak termampu aku balas," tulisnya.

Achey memberitahu, beliau antara individu yang kurang turun padang menjaga bapanya berikutan kekangan masa namun bersyukur adik-beradiknya memahami situasi dan tugasnya.

"Terima kasih adik-beradik faham situasi dan kerja saya dan sekarang saya juga kena faham situasi mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menitipkan pesanan kepada peminatnya supaya merebut pahala dengan menjaga kebajikan ibu bapa semasa mereka masih hidup.

"Pesan abah, kalau kita tak boleh jadi pemimpin pada keluarga, usah jadi pemimpin pada masyarakat.

"Ruang pahala luas ada pada mereka," katanya.

Kisah penuh inspirasi itu menarik perhatian para peminatnya yang turut mendoakan kesejahteraan bapa Achey malah berharap terus dilimpahi rezeki kepada mereka yang berbakti kepada keluarga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus