X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

8 individu direman kes tuntutan palsu lebih RM186,000

Kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar kira-kira jam 10 pagi diiringi pegawai SPRM.
A
A

ALOR SETAR - Seramai lapan individu termasuk dua pengurus syarikat direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM186,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Rashidah Azmi bermula hari ini sehingga 20 Mei depan.

Kesemua suspek ditahan semalam antara jam 10.30 pagi hingga 10 malam di Kulim Hi-Tech dan Pejabat SPRM Kedah.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana disyaki berpakat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin yang berjumlah lebih RM186,000 yang sebenarnya tidak dibekalkan.

Terdahulu, semua suspek berusia antara 39 hingga 45 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar kira-kira jam 10 pagi diiringi pegawai SPRM.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!