KWSP lanjut tarikh bayaran caruman untuk majikan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Alizakri Alias berkata, langkah itu dibuat berdasarkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kesannya terhadap aktiviti perniagaan di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Alizakri Alias berkata, langkah itu dibuat berdasarkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kesannya terhadap aktiviti perniagaan di negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh pembayaran caruman majikan bagi Mei sehingga Julai 2020, dari 15 hingga 30 haribulan, setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alizakri Alias berkata, langkah itu dibuat berdasarkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kesannya terhadap aktiviti perniagaan di negara ini.

Dana pencen itu telah menerima maklum balas yang berterusan sejak bermulanya PKP pada Mac lepas, terutamanya mengenai kebimbangan daripada majikan yang menghadapi tekanan akibat penurunan dalam aktiviti perniagaan.

"Untuk memastikan pemilik perniagaan disokong sambil memastikan simpanan persaraan anggota dilindungi, kami akan terus memberikan pertimbangan setakat yang termampu, seperti yang dilihat melalui pelanjutan tarikh sumbangan bagi Mei, Jun dan Julai 2020.

"Dengan bantuan dan fleksibiliti tambahan ini, kami berharap majikan akan terus mendukung tanggungjawab mereka untuk membayar caruman mereka dan pekerja, khususnya selepas situasi koronavirus (Covid-19) beransur-ansur pulih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alizakri menambah pembayaran caruman boleh dibuat pada laman web KWSP melalui portal i-Akaun (Majikan), perbankan Internet atau mengunjungi kaunter bank yang dilantik.- Bernama

Artikel Berkaitan: