Edisi ke-19 Piala Sultan Selangor 2020 dibatalkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk membatalkan perlawanan bola sepak edisi ke-19, Piala Sultan Selangor 2020 yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 15 Ogos ini.

Perlawanan persahabatan antara Selangor dan Singapura itu adalah acara tahunan yang bertujuan menghidupkan semula perlawanan tradisi di antara kedua-dua pasukan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, keputusan yang dibuat Sultan Sharafuddin adalah demi kepentingan kesihatan dan keselamatan peminat bola sepak serta berharap agar mereka menerima pembatalan berkenaan dan kekal selamat daripada jangkitan koronavirus (Covid-19).

“Sultan Sharafuddin tidak mahu perlawanan itu berlangsung dalam stadium tanpa penonton.

“Piala Sultan Selangor adalah mengenai penyokong Selangor dan Singapura yang sentiasa memainkan peranan penting dalam sesuatu perlawanan dan ia berterusan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Istana Selangor, perlawanan Piala Sultan Selangor akan diadakan pada tahun 2021.-Bernama

Artikel Berkaitan: