70 peratus penjawat awam mulai bekerja

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan Persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan berkuat kuasa serta-merta itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada perniagaan dan rakyat tidak terjejas seterusnya menyokong pertumbuhan semula ekonomi negara.

"Dalam pada itu, penggunaan aplikasi dalam talian perlu terus digalakkan bagi meminimumkan kehadiran pelanggan ke kaunter selari dengan amalan jarak sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31JLD.6(6) bertarikh 2 Mei lalu.

"Ketua jabatan perlu memastikan semua SOP (prosedur operasi standard) keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup separuh muka dan menyediakan cecair pensanitasi tangan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan Persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kaunter perkhidmatan jabatan kerajaan dibuka sepenuhnya

Artikel Berkaitan: