Wanita diragut di stesen KTM

Aduan kejadian ragut di stesen KTM Parit Buntar yang tular di media sosial kini menjadi kebimbangan pengguna komuter dan ETS Parlimen itu.
Aduan kejadian ragut di stesen KTM Parit Buntar yang tular di media sosial kini menjadi kebimbangan pengguna komuter dan ETS Parlimen itu.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Penduduk sekitar Parit Buntar yang hendak menggunakan perkhidmatan komuter atau ETS di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Parit Buntar di sini pada waktu pagi diminta berhati-hati dengan ancaman peragut.

Saranan itu diberikan susulan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di perkarangan stesen KTM di sini kira-kira jam 5.30 pagi hari ini hingga menyebabkan mangsa dipercayai mengalami kerugian lebih RM900.

Menurut sumber, mangsa berusia lingkungan 30-an dan bekerja sebagai penjawat awam difahamkan sedang dalam perjalanan untuk menggunakan perkhidmatan ETS di stesen kereta api itu selepas meletakkan kenderaan jauh dari pintu masuk stesen.

“Ketika mangsa berjalan ke stesen, mangsa didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang tiba-tiba meragut beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.

“Sewaktu kejadian berlaku, mangsa ada menjerit meminta tolong, namun keadaan gelap ketika itu menyebabkan orang ramai tidak sempat membantunya kerana tidak tahu punca mangsa menjerit.

“Mangsa kerugian wang tunai lebih RM900, tiket ETS dan dokumen pengenalan diri yang disimpan dalam beg tangan diragut, namun tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sumber berkata, kejadian ragut di kawasan tumpuan awam seperti stesen KTM Parit Buntar semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: