Maguire puji Rashford

Maguire percaya Rashford (kiri) mampu menjadi kapten United suatu hari nanti.
Maguire percaya Rashford (kiri) mampu menjadi kapten United suatu hari nanti.
A
A
A

KAPTEN Manchester United, Harry Maguire melabelkan Marcus Rashford pemain paling berbakat yang pernah beraksi bersamanya serta mampu menggalas tanggungjawab sebagai kapten The Red Devils pada masa depan.

Maguire berkata, karakter Rashford ketika mengemudi barisan serangan United membuktikan pemain berusia 22 tahun itu memiliki ciri-ciri kepimpinan di tengah padang.

Menurutnya, berdasarkan faktor tersebut, pemain yang memiliki 38 penampilan dan 10 jaringan bersama skuad kebangsaan England itu sudah bersedia untuk diberikan peranan penting dalam kesebelasan utama The Red Devils.

“Ya, tentu saja Rashford sudah layak diberikan tanggungjawab sebagai kapten, setidak-tidaknya sebagai perancangan masa depan kelab kerana dia seorang pemain yang cukup bersiap sedia.

“Rashford sentiasa berdisiplin setiap kali turun beraksi dan pengalamannya di tengah padang telah membentuk karakter kepimpinannya dalam mengemudi hala tuju pemain-pemain lain.

“Cuma ketika ini Rashford dibelenggu kecederaan yang mengehadkan peluangnya. Namun, itu tidak menjadi masalah kepadanya kerana dia berusaha gigih untuk kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Rashford yang kini menjadi pilihan utama pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer dalam membarisi jentera serangan The Red Devils sudah melakukan 201 penampilan dan menjaringkan 64 gol dalam semua pertandingan.

Biarpun secara terbuka memuji rakan sepasukannya itu, Maguire turut meluahkan kebimbangan berikutan tekanan melampau yang diberikan kepada Rashford.

Artikel Berkaitan:

“Saya selalu bercakap dengan Rashford apabila kami bersama-sama dalam skuad England. Kami tidak boleh terlalu memberi tekanan kepadanya sehingga menjejaskan prestasinya.

“Buat masa ini, saya menganggap dia antara pemain terbaik yang beraksi bersama Manchester United. Dia mampu melakukannya tugasnya sebagai penyerang dengan baik, tidak kira di sebelah kiri, kanan atau tengah,” jelas Maguirre.