'Tujuh hari untuk C4' - Peguam

Rejinder Singh (kanan) dan Nasser (kiri) menyerahkan notis kepada wakil C4 berhubung tuntutan fitnah di Pejabat C4 di Avenue 8, Petaling Jaya hari ini.
Rejinder Singh (kanan) dan Nasser (kiri) menyerahkan notis kepada wakil C4 berhubung tuntutan fitnah di Pejabat C4 di Avenue 8, Petaling Jaya hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Peguam yang mewakili Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi tempoh tujuh hari terhadap Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) membuat permohonan maaf dan ganti rugi RM30 juta berikutan dakwaan skandal memperoleh kontrak perolehan darurat Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pasukan Guaman, Rejinder Singh berkata, selain permohonan maaf dan tuntutan ganti rugi RM30 juta, pihaknya juga menggesa untuk pihak C4 menarik balik semula tohmahan terbabit.

"Permohonan maaf itu perlu dilakukan di media sosial, laman web C4 serta sidang akhbar.

"Bagaimanapun, sekiranya notis tuntutan yang dihantar ini tidak direspon dalam tempoh tujuh hari, maka pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada Dr Adham Baba untuk tindakan pemfailan saman di mahkamah tinggi," katanya selepas menyerahkan notis tuntutan fitnah Menteri Kesihatan di Pejabat C4 di Avenue 8, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Adham tuntut permohonan maaf, ganti rugi RM30 juta daripada C4

Turut hadir adalah peguam, Naseer Yusof dan Mohamad Fauzi Abdul Samad.

Tambahnya, tuntutan yang dilakukan Dr Adham adalah untuk memberi input kepada orang luar dan masyarakat di sana bahawa beliau seorang yang penuh berintegriti dan akan berdepan dengan pihak yang membuat tohmahan.

Menurutnya, tohmahan fitnah itu adalah satu perkara yang menjejaskan imej Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan terhadap Adham Baba berniat jahat, tidak benar

Kelmarin, Pejabat KKM dalam satu kenyataan berkata, tuduhan mengatakan Dr Adham mempunyai kaitan dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB) yang memperoleh kontrak perolehan darurat bagi pelaksanaan 'Lab Maligation Solution For Covid-19 ' tidak benar, berniat jahat dan bersifat 'pembunuhan karakter'.

Artikel Berkaitan:

Mereka menegaskan Dr Adham tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB atau pemegang saham syarikat terbabit, malah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada pegawai kementerian supaya meluluskan pemberian kontrak kepada KJSB atau mana-mana syarikat.