Sungai sempit didakwa punca banjir

Keadaan Taman Sentosa ketika banjir berlaku tengah hari tadi.
Keadaan Taman Sentosa ketika banjir berlaku tengah hari tadi.
A
A
A

PONTIAN - "Ini kali pertama kawasan taman perumahan kami dilanda banjir," kata penduduk Taman Sentosa, Jasrizal Jamaludin, 36.

Katanya, hujan lebat sejak pagi tadi ditambah dengan keadaan sungai berdekatan yang sempit serta projek pembinaan perumahan di kawasan berdekatan didakwa menjadi punca kawasan taman perumahan mereka dilanda banjir.

Biarpun tiada pusat pemindahan mangsa banjir dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas berikutan banjir tidak teruk, namun penduduk tetap bimbang.

Kawasan sungai berdekatan Taman Sentosa.
Kawasan sungai berdekatan Taman Sentosa.

Menurut Jasrizal, keadaan cuaca mendung dan musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan kejadian banjir lebih teruk pada bila-bila masa sahaja.

"Hujan sejak Subuh tadi menyebabkan banjir kira-kira 1 petang tadi. Kawasan perkarangan rumah penduduk dipenuhi air kesan limpahan air sungai berdekatan kawasan perumahan di sini.

"Terdapat kira-kira 100 rumah penduduk di sini. Ada rumah penduduk yang dinaiki air banjir di kawasan laman dan dapur kerana kedudukan rendah," katanya.

Justeru, beliau meminta langkah segera dilakukan termasuk mendalamkan sungai yang kini sempit dan cetek bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Taman Sentosa.

Artikel Berkaitan:

Penduduk mengemaskan barang selepas berlaku banjir.
Penduduk mengemaskan barang selepas berlaku banjir.