X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan benar kedai makan beroperasi sehingga 10 malam

Menteri Besar Ahmad Yakob
A
A

KOTA BHARU - Bermula esok semua restoran dan kedai makan di Kelantan dibenarkan beroperasi dari jam 3 petang sehingga 10 malam berbanding hanya setakat jam 6.30 petang sekarang, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun katanya, kebenaran itu adalah untuk jualan makanan secara bungkus sahaja.

“Makan di restoran masih tidak dibenarkan.

“Bermula hari raya ketiga nanti, pengusaha kedai makan dan restoran akan dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Mengenai solat berjemaah di masjid, Ahmad berkata, pihaknya masih menunggu SOP yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Hasanuddin berkata, pihaknya tidak akan menghalang pergerakan masyarakat dari daerah ke daerah pada Hari Raya Aidilfitri nanti walaupun ada negeri lain memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Hanya pergerakan rentas negeri sahaja yang tidak dibenarkan dan pihak kami sentiasa mengadakan rondaan sepanjang masa.

"Bagi kami raya tetap raya dan kami kerja tetap kerja. Ini kerana ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba ambil peluang pada hari berkenaan," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus