X

Kindly register in order to view this article
!

Perintah berkurung di Arab Saudi sempena Aidilfitri

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Arab Saudi pada semalam mengumumkan perintah berkurung 24 jam di seluruh negara akan dilaksana bermula 23 hingga 27 Mei sempena Aidilfitri, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).

Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak mematuhi sepenuhnya arahan terbaharu itu untuk mencegah penularan koronavirus (Covid-19) termasuk terus mengamalkan langkah menjaga jarak sosial dan tidak berhimpun melebihi lima orang atau lebih.

Dalam tempoh itu, pergerakan bebas hanya dibenarkan bermula 9 pagi hingga 5 petang di semua bandar dan wilayah Arab Saudi kecuali Makkah.

Kegiatan komersial dan ekonomi juga dibenarkan dalam tempoh itu

Perintah berkurung 24 jam masih dilaksana di tanah suci itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!