RON95, RON97 naik 6 sen

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menetapkan harga minyak RON95 dan RON97 naik 6 sen seliter sementara diesel naik 12 sen seliter mulai esok sehingga 25 Januari ini.

Harga terbaharu bahan api itu mulai esok ialah RON95 (RM1.98) seliter, RON97 (RM2.28) manakala diesel RM2.17 seliter.

Menurut satu kenyataan, kenaikan tersebut berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.

"RON97 dinaikkan sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM2.22 seliter kepada RM2.28 seliter, harga runcit petrol RON95 dinaikkan sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.92 seliter kepada RM1.98 seliter.

[ARTIKEL BERKAITAN: RON95, 97 turun satu sen, diesel naik]

"Harga runcit diesel dinaikkan sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter," menurut satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu, RON95 mengalami peningkatan daripada USD60 (RM247) setong kepada USD63 (RM259) setong dan diesel pula daripada USD68 (RM280) setong kepada USD72 (RM296).

Mulai 5 Januari 2019, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Artikel Berkaitan: