X

Kindly register in order to view this article
!

Enam lelaki pecah masuk kedai kopi diberkas

Antara barangan yang dirampas semula daripada kumpulan terbabit. (Gambar kecil: Noorzainy Mohd Noor )
A
A

KEPALA BATAS - Polis menahan enam lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah masuk sebuah kedai kopi di Jalan Haji Ahmad Badawi di sini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam, kumpulan lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk premis itu sebelum keluar dengan membawa beberapa bungkusan yang dipercayai barang curi tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian itu disedari seorang saksi sebelum dia memaklumkan mengenai perkara itu kepada anak pemilik kedai terbabit.

Menurutnya, mereka kemudiannya ke kedai kopi berkenaan melakukan pemeriksaan dan mendapati pelbagai peralatan memasak berserta sejumlah wang tunai yang disimpan telah dicuri.

"Mengikut laporan yang dibuat anak pemilik kedai berusia 23 tahun itu, kedai kopi terbabit yang diusahakan oleh ibunya itu terpaksa ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu.

"Hasil siasatan dan maklumat yang diperoleh polis berjaya mengesan kesemua suspek yang terlibat dengan kejadian itu dan menahan mereka di beberapa lokasi di sekitar Kepala Batas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Noorzainy berkata, susulan daripada tangkapan itu pihaknya berjaya merampas semula barang-barang yang dicuri dari kedai kopi berkenaan.

Katanya, mereka yang berusia di antara 32 tahun hingga 55 tahun kini direman untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai orang awam yang memberikan maklumat berkaitan kejadian jenayah tersebut yang secara tidak langsung dapat membantu polis menyelesaikan kes jenayah yang dilaporkan sebelum ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!