Sembunyi dalam longkang elak ditahan Imigresen

Pati sanggup bersembunyi di dalam longkang utnuk meloloskan diri daripada diperiksa Pegawai Imigresen
Pati sanggup bersembunyi di dalam longkang utnuk meloloskan diri daripada diperiksa Pegawai Imigresen
A
A
A

SHAH ALAM - Bersembunyi di dalam longkang dan kawasan semak antara cubaan yang dilakukan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk meloloskan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Selangor di sini, malam tadi.

Dalam serbuan bermula jam 9 malam itu, seramai 88 Pati warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Pakistan berusia antara 22 hingga 55 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, bertindak atas aduan awam dan sumber risikan Imigresen, Operasi Mega dilakukan di sekitar Shah Alam dan Sungai Buloh.

Pati yang ditahan dalam Ops Mega atas pelbagai kesalahan
Pati yang ditahan dalam Ops Mega atas pelbagai kesalahan

Beliau yang turut menyertai operasi itu berkata, lokasi pertama operasi adalah di sebuah kilang pembungkusan minuman di Shah Alam yang mana seramai 35 pekerja telah diperiksa dan sembilan daripadanya ditahan.

“Lokasi ke dua di penempatan pekerja sebuah tapak pembinaan di Sungai Buloh, seramai 325 orang telah diperiksa dan 79 orang daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, semasa tiba di lokasi kedua sebahagian daripada penghuni rumah kongsi menyedari kehadiran pegawai operasi dan bertindak melarikan diri.

“Ada yang bersembunyi di dalam longkang yang berair dan sanggup meredah semak untuk mengelak ditangkap, bagaimanapun taktik itu tidak berjaya.

Artikel Berkaitan:

Pati yang ditahan dalam Ops Mega atas pelbagai kesalahan
Pati yang ditahan dalam Ops Mega atas pelbagai kesalahan

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor dan direman selama 14 hari dibawah seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana tamat tempoh pas,” katanya.