Duit tabung madrasah lesap

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua tabung sebuah madrasah di Jalan Pelangi di sini dipecahkan penjenayah semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.15 malam.

Menurutnya, kejadian disedari pengerusi masjid selepas melihat dua tabung masjid yang diletakkan di luar madrasah itu telah dipecahkan.

"Penjenayah membuka dua tabung berkenaan dengan memotong kunci ‘padlock’ menggunakan mesin pemotong besi sebelum melarikan wang berjumlah RM3,500," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, kejadian itu dipercayai berlaku semasa bilal masjid datang untuk melaungkan azan Maghrib.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati dekoder kamera lintar tertutup (CCTV) yang disimpan di dalam sebuah bilik turut dilarikan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: