Real digesa bawa masuk Mbappe

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

Bekas kapten Itali, Fabio Cannavaro percaya Real Madrid memerlukan sentuhan Kylian Mbappe supaya penyerang muda Paris Saint-Germain (PSG) itu dapat mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo.

Namun, Cannavaro yang juga bekas bintang Los Blancos berasakan sukar buat Real untuk menandatangani penyerang Perancis berusia 21 tahun itu.

“Real memerlukan pemain seperti Mbappe, bintang muda yang boleh mengikut jejak Ronaldo. Ia perkara normal jika Real mahu menandatanganinya tetapi kita juga perlu mengambil kira bahawa pemilik PSG tidak memerlukan wang itu.

“Impian dan apa yang mereka mahukan adalah memenangi Liga Juara-Juara tetapi saya fikir pasti sukar untuk Real mendapatkannya. Pemilik PSG adalah seseorang yang mahukan kemenangan dan mereka akan berjuang untuk mengekalkan Mbappe,” katanya.

Ketika ini, Mbappe terus dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu. Real pula dilihat sukar untuk menemui pengganti Ronaldo yang menyertai Juventus pada 2018.

Mbappe yang telah tiga musim berada di Paris telah memenangi tiga kejuaraan Ligue 1 selain kejuaraan Piala Perancis dan Piala Liga Perancis bersama kelab Perancis itu.

Dia yang menjadi antara nadi Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 menjaringkan 30 gol daripada 33 penampilan sebelum saingan Ligue 1 musim ini ditangguhkan ekoran Covid-19.

Artikel Berkaitan: