DBKL sita tujuh lagi premis warga asing

Antara premis dikendalikan warga asing yang dikenakam tindakan khas oleh DBKL.
Antara premis dikendalikan warga asing yang dikenakam tindakan khas oleh DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini meneruskan lagi tindakan khas ke atas premis yang dikendalikan warga asing di tujuh lokasi sekitar Pekan Sungai Besi di bawah Parlimen Bandar Tun Razak dan Jalan Bedara di kawasan Parlimen Bukit Bintang.

Unit Media DBKL menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan, tindakan penutupan itu diambil terhadap empat premis kedai menjahit pakaian yang dikendalikan tanpa kebenaran sah DBKL.

Menurut kenyataan itu, tiga kedai runcit dan barangan basah turut diarahkan tutup dalam operasi yang dijalankan.

"Kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya bagi mengenal pasti aktiviti perniagaan yang sengaja disewakan kepada warga asing.

"Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976," menurut kenyataan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - DBKL sita lima kedai runcit warga asing

DBKL memaklumkan pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke masa.

Semalam, lima premis perniagaan di sekitar pusat bandar raya yang dikendalikan warga asing disita DBKL.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya meneruskan tindakan khas ke atas premis yang dijalankan tanpa kebenaran di empat lokasi termasuk Jalan Dwi Tasik, Bandar Tun Razak; Jalan Horley, Jalan Khoo Teik Ee dan Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan DBKL akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Nor Hisham berkata, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

Menurutnya, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia