Ibu tunggal maut, anak parah nahas tiga kenderaan

Anggota bomba sedang membantu menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Persona dalam kemalangan di Jalan kampung Kemuning Pulau Sebang, Alor Gajah petang tadi.
Anggota bomba sedang membantu menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Persona dalam kemalangan di Jalan kampung Kemuning Pulau Sebang, Alor Gajah petang tadi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita maut, anaknya yang berusia sembilan tahun cedera parah manakala tiga yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan sebuah bas dan dua kereta di Jalan Kampung Kemuning Pulau Sebang, Alor Gajah di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, Yasmin Iszara Baski dirawat di zon merah Hospital Tampin, Negeri Sembilan selepas kereta Proton Persona yang dipandu ibunya, Rozila Mamat, 49, bersama seorang rakan, Suraya Suradi, 53, terbabit dalam kemalangan tersebut.

Beliau berkata, tiga lagi yang cedera ialah penumpang bas, K Venoshini,27, dan Husarani A Sanmugan,54, dan pemandu Mercedes Benz, Chan Hian Fee,68, sementara seorang lagi pemandu bas, Zainal Yusof, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rozila maut di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah dalam kemalangan itu.
Rozila maut di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah dalam kemalangan itu.

"Ketika kejadian, ibu tunggal terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dalam perjalanan dari arah Tampin, Negeri Sembilan menghala ke Hutan Perca.

"Apabila tiba di lokasi kejadian di sebuah selekoh Jalan Kampung Kemuning, bas jenis Hino yang dipandu Zainal dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Akibat kemalangan itu, kereta mangsa berpusing dan kemudian dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz yang datang dari arah yang sama.

"Selain kanak-kanak terbabit yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Hutan Percha mengalami cedera parah, tiga lagi mangsa termasuk dua penumpang bas dan seorang penumpang kereta Proton Persona dihantar ke Hospital Tampin dan dirawat di zon kuning," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.