Kumpulan pertama gelandangan bekerja di Sitiawan

Annuar menyantuni gelandangan yang berlepas ke Sitiawan hari ini.
Annuar menyantuni gelandangan yang berlepas ke Sitiawan hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama gelandangan terdiri daripada 43 individu yang diterima bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan menaiki dua bas dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1 menuju ke Sitiawan Perak hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka merupakan antara 300 daripada 500 orang gelandangan produktif dan sihat tubuh badan serta melepasi ujian saringan koronavirus (Covid-19) dan temuduga syarikat berkaitan.

Menurutnya, mereka akan mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor perladangan dan perkilangan selain disediakan tempat penginapan asrama pekerja.

"Gaji ditawarkan antara RM1,400 hingga RM1,600 dianggap bagus sebagai permulaan. Sebahagian gelandangan lagi akan kekal di Anjung Singgah untuk projek pembungkusan sarung tangan.

"Terima kasih kepada syarikat berkenaan yang telah menyahut cabaran kita untuk memberi peluang kepada gelandangan bagi mengubah hidup mereka dari gelandangan masuk ke alam pekerjaan," katanya selepas Pelepasan Penempatan Pekerjaan Kumpulan Gelandangan di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Gelandangan ditawar kerja selepas PKP: Annuar

Katanya lagi, mereka yang tercicir daripada mendapat pekerjaan akan menjalani latihan kecergasan sebelum memulakan pekerjaan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Sejak program penempatan pekerjaan ini, saya telah dihubungi pelbagai pihak yang memaklumkan memerlukan tenaga kerja. Di Sitiawan memerlukan 200 pekerja, tapi hanya mampu beri 43 pekerja dan masih belum cukup.

"Jika ikut permintaan lebih banyak tenaga kerja diperlukan dari jumlah gelandangan yang kita ada, kita tumpukan apa yang ada dan selebihnya akan diselesaikan kemudian," katanya.

Artikel Berkaitan: