Kalendar baharu F4 SEA bakal diumum

Kesemua perlumbaan F4 SEA musim ini bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.
Kesemua perlumbaan F4 SEA musim ini bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.
A
A
A

Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) bakal mengumumkan kalendar baharu musim 2020 yang dipendekkan dengan semua perlumbaan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

Pengumuman rasmi itu akan dibuat selepas mendapat persetujuan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan disiarkan di laman web formula4.asia, media sosial dan di FIA.com.

Menurut F4 dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 16 perlumbaan dicadangkan dalam kalendar F4 SEA dengan menampilkan empat pusingan di Sepang untuk mengurangkan risiko dengan kos efektif sebanyak 40,000 euro (RM171,700).

"Peminat tidak ketinggalan menyaksikan aksi kerana perlumbaan akan disiarkan secara langsung di rangkaian FOX dan laman web baharu kami, begitu juga dengan media sosial yang sentiasa dikemas kini,” menurut promoter F4 SEA, Peter Thompson.

Sejak empat tahun lepas, bahagian Asia Tenggara perlumbaan FIA F4 menumpukan kepada menghasilkan wira sukan permotoran Asia dan antarabangsa. Pada masa sama, melatih dan membangunkan rakyat Malaysia untuk menjadi jurutera dan juruteknik berkemahiran tinggi.

Pada perlumbaan finale Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2017, pemandu Malaysia, Nazim Azman muncul wira apabila menjuarai perlumbaan F4 dan kemudiannya meneruskan rentak cemerlang dengan menjuarai Kejohanan F3 British.

Bagi tahun 2021, F4 SEA merancang untuk meluaskan capaian dan mempromosikan kemahiran Malaysia ke wilayah baharu dengan kembali semula kepada format 10-12 dan menyiarkan sekurang-kurangnya 40 perlumbaan di rangkaian global.

Artikel Berkaitan: