Lelaki tayang 'anu' dalam lif

 Suffian Sulaiman
Suffian Sulaiman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga remaja perempuan berdepan detik menakutkan apabila diganggu seorang lelaki dipercayai gila seks, dalam kejadian berasingan di dalam lif sebuah pangsapuri di Kampung Tiong, di sini.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu dipercayai salah seorang pekerja kontrak berhampiran pangsapuri berkenaan mengganggu kesemua mangsa dengan menunjukkan kemaluannya semasa berada bersama-sama di dalam lif tersebut.

Menurut sumber, kejadian menimpa mangsa pertama yang juga seorang pelajar berusia 19 tahun kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu.

“Semasa kejadian, hanya mereka berdua sahaja ada di dalam lif tersebut dan suspek yang ketika itu berada di tepi mangsa bertindak membuka zip seluar sebelum menunjukkan alat sulitnya.

“Sambil memegang kemaluannya, suspek bertanyakan mangsa tinggal di tingkat berapa dan tempat remaja itu belajar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkata, kejadian sama menimpa dua lagi rakan serumah mangsa juga berusia 19 tahun di lokasi sama pada keesokan harinya.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua remaja berkenaan berada di dalam lif bersama seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek bertindak menunjukkan alat sulitnya sambil bertanya adakah mereka berdua ini pelajar.

“Sejurus pintu lif terbuka, suspek cepat-cepat memasukkan alat sulitnya ke dalam seluar semula sambil memerhati kedua-dua mangsa untuk mengetahui rumah mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut sumber, bimbang keselamatan diri selain terlalu takut dengan gangguan lelaki itu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan terlampau," katanya.