Kes penderaan kanak-kanak di Jepun meningkat

Sebanyak 22,503 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di Jepun sepanjang tempoh Januari dan Mac lalu.
Sebanyak 22,503 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di Jepun sepanjang tempoh Januari dan Mac lalu.
A
A
A

TOKYO - Jumlah kes penderaan kanak-kanak di Jepun meningkat 10 hingga 20 peratus antara Januari dan Mac, kata kementerian kebajikan hari ini.

Peningkatan itu berlaku ketika ramai keluarga meluangkan masa bersama di rumah sejak kerajaan melaksanakan perintah berkurung bagi memerangi pandemik koronavirus (Covid-19).

Secara total, sebanyak 14,974 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari, iaitu peningkatan 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada Februari pula, sebanyak 23 kes baharu dilaporkan menjadikan angka keseluruhan bertambah kepada 14,997 kes.

Bagaimanapun, perubahan drastik dicatat pada bulan Mac apabila jumlah kes meningkat kepada 22,503 kes iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kementerian menyusun data tersebut sebagai respons terhadap kebimbangan yang semakin meningkat, berhubung peningkatan kes penderaan kanak-kanak selepas pemerintah pusat dan daerah mengarahkan penutupan sekolah selain arahan untuk kekal berada di rumah bagi mengekang wabak.

Data tersebut merangkumi kes penderaan di seluruh negara, di mana kakitangan jabatan kebajikan diminta untuk mengunjungi rumah kanak-kanak atau membawa mangsa ke pusat perlindungan sepanjang tempoh tersebut.

"Jepun menyaksikan peningkatan kes penderaan kanak-kanak dari Januari hingga Mac. Tetapi kementerian tidak pasti adakah ia impak Covid-19 kerana kes di negara ini meningkat saban tahun," kata kementerian.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, agensi perlindungan kanak-kanak berkata, kes mungkin meningkat akibat penutupan sekolah yang panjang selain tekanan dialami ibu-bapa yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang krisis Covid-19.

"Beban kewangan adalah salah satu faktor yang menjurus kepada penderaan kanak-kanak.

"Penderaan bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi emosi dan psikologi kerana mangsa terpaksa melihat ibu-bapa mereka bertengkar sepanjang hari," kata Pengarah Persatuan Pencegahan Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Osaka, Tetsuro Tsuzaki. - Agensi