Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan

Kedai gunting rambut di sekitar Apartment Putra Harmoni Presint 9 tutup. - Foto Bernama
Kedai gunting rambut di sekitar Apartment Putra Harmoni Presint 9 tutup. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menjelaskan bahawa perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan sepanjang sehingga sekarang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuklah perkhidmatan gunting rambut bergerak ke kediaman-kediaman pelanggan.

"Daripada segi peraturan memang tidak boleh sama ada (tukang gunting) ke rumah, ke pejabat atau (pelanggan) ke kedai gunting, sama saja ia tidak boleh," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung laporan media bahawa terdapat kenamaan yang menggunakan khidmat gunting rambut yang berkunjung ke kediaman mereka.

Menurut laporan portal berita itu, antara pelanggan mereka ialah menteri dan pegawai polis.

Laporan itu turut menyebut beberapa tukang gunting di sekitar Kuala Lumpur kini mula menyediakan perkhidmatan menggunting rambut pelanggan dari rumah ke rumah.

Mengulas lanjut Ismail Sabri mengakui belum mengetahui atau menerima laporan dan tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

"Saya tidak boleh memberikan jawapan ya atau tidak, tetapi prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh," katanya.

Artikel Berkaitan: