PKPD di Selayang Baru dilanjutkan

Kelihatan penghuni di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Selayang Baru berdiri di hadapan kawat duri ketika tinjauan dilakukan semalam. - Foto Bernama
Kelihatan penghuni di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Selayang Baru berdiri di hadapan kawat duri ketika tinjauan dilakukan semalam. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang Baru akan dilanjutkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil ketetapan itu bagi memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat saringan kesihatan Covid-19 lebih lanjut.

"Pihak KKM perlu membuat saringan tersebut mungkin dalam tempoh dua tiga hari lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD ketujuh di Selayang Baru

Kadar pematuhan PKPD di Selayang Baru hampir 100 peratus

"Tarikh sebenar penamatan tempoh PKPD itu akan diumumkan nanti," katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan meletakkan enam parcel di kawasan Selayang Baru di bawah PKPD bermula 25 April sehingga 3 Mei lalu.

Bagaimanapun, hanya dua parcel di situ iaitu A dan B ditamatkan PKPD pada 3 Mei, sementara parcel C,D,E dan F dilanjutkan lagi tempoh PKPD sehingga 12 Mei (hari ini).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu beliau berkata, dua lokasi lagi iaitu di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara yang turut menjalani PKPD sebelum ini ditamatkan pada hari ini.

"KKM sudah selesai membuat saringan kesihatan Covid-19 ke atas semua penduduk di kawasan terlibat," katanya.