Malaysia dalam fasa peralihan ke monsun Barat Daya

Pada peralihan monsun diramalkan berlaku hujan lebat dan ribut petir, namun cuaca agak panas di sebelah pagi. - Gambar hiasan.
Pada peralihan monsun diramalkan berlaku hujan lebat dan ribut petir, namun cuaca agak panas di sebelah pagi. - Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cuaca negara kini dalam fasa peralihan iaitu daripada monsun Timur Laut kepada monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada minggu ketiga Mei.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon Beliau berkata, pada peralihan monsun diramalkan berlaku hujan lebat dan ribut petir, namun cuaca agak panas di sebelah pagi.

"Sekarang peralihan monsun bermula pada Mac dan dijangka berakhir pada minggu ketiga Mei, jadi bila monsun Barat Daya, hujan dan ribut petir akan mula berkurangan nanti.

"Sekitar bulan Ogos dan September pula dikhuatiri berlaku jerebu rentas sempadan berikutan angin dari arah Barat Daya," katanya ketika dihubungi.

Hujan dan ribut petir akan mula berkurangan pada monsun Barat Daya. - Gambar hiasan.
Hujan dan ribut petir akan mula berkurangan pada monsun Barat Daya. - Gambar hiasan.

Ditanya sama ada negara kini berdepan dengan cuaca panas melampau atau El Nino, beliau menafikan perkara berkenaan.

"Keadaan panas sekarang ini bukan luar biasa, setiap tahun macam ini, El Nino pada 2016 cuaca sampai 39 darjah Celsius tapi untuk tahun ini paling tinggi sekitar 37 darjah Celsius dan hampir kepada 38 darjah Celsius iaitu hanya di Kedah dan Perlis," katanya.

katanya, semalam, suhu hanya mencatatkan 34 darjah Celcius dan hanya sesetengah tempat menunjukkan bacaan 35 darjah Celsius. - Bernama

Artikel Berkaitan: