Tindakan mahkamah heret saham DRB-Hicom ke bawah

DRB-Hicom
DRB-Hicom
A
A
A

HARGA saham DRB-Hicom Bhd di Bursa Malaysia susut 10 sen kepada RM1.69 semasa urus niaga ditutup pagi tadi, berikutan tekanan daripada tindakan mahkamah oleh Proton Automobiles (China) Ltd dan Perusahaan Otomobile Nasional Sdn Bhd.

Sejumlah 6.06 juta saham telah bertukar tangan semasa tengah hari tadi.

Goldstar Heavy Industrial Co Ltd dari China telah memfailkan tuntutan undang-undang sebanyak 860.61 juta yuan yang berkaitan dengan penamatan kontrak usaha sama ekuiti antara Proton Holdings Bhd (Proton), Lotus Group International Ltd dan Goldstar pada 22 Jan 2018.

Khamis lepas, DRB-Hicom dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu ia telah mengkaji tuntutan tersebut dan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi membela dan memastikan haknya dilindungi.

PublicInvest Research berkata, jika pembelaan itu gagal, ia akan mengakibatkan kesan kewangan yang ketara ke atas kumpulan.

"Buat masa ini, kami mengekalkan unjuran kami sehingga wujud petunjuk baharu dan pada masa yang sama menyatakan bahawa ia mempunyai risiko kewangan yang berpotensi besar.

"Kami mengekalkan saranan 'cemerlang' ke atas DRB tetapi dengan sasaran harga yang lebih rendah pada RM2.10 memandangkan kami telah meningkatkan faktor diskaun kami berikutan ketidaktentuan pada masa sekarang," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu masih positif ke atas prospek jangka panjang kumpulan berkenaan, berdasarkan kepada pemulihan Proton.- Bernama

Artikel Berkaitan: