Mahkamah tetapkan tarikh baharu perbicaraan Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu Bernama menerusi mesej WhatsApp yang ditetapkan oleh mahkamah itu pada 19 Mei untuk pengurusan kes menetapkan tarikh perbicaraan baharu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu dan berkata, pengurusan kes akan bermula pada jam 9 pagi.

Perbicaraan itu pada mulanya dijadual diteruskan pada 13 April tetapi ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Setakat ini, pihak pendakwaraya telah memanggil 43 saksi untuk memberi keterangan.

Zahid, 67, berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripada membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi. - Bernama

Artikel Berkaitan: