KKMM nafi dua berita palsu

Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM.
Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan dua berita tular di media sosial setakat jam 10 pagi hari ini.

Melalui kenyataan media dikeluarkan oleh Pasukan Respon Pantas kementerian berkenaan pagi tadi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan sebuah kedai runcit milik warga asing di Hartamas beroperasi semula setelah dikenakan tindakan pada 8 Mei lalu seperti yang tular di media sosial.

“DBKL menjelaskan semakan mendapati premis tersebut berlesen dan dimiliki oleh warganegara Malaysia serta mematuhi UUK 20 Undang-Undang Kecil Tred, Pelesenan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 yang membenarkan pelesen menggaji warga asing yang mempunyai permit kerja sah.

“DBKL memaklumkan bahawa penguatkuasaan tempoh hari telah dikenakan ke atas premis yang berdekatan dan masih lagi ditutup hingga kini,” kata kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Negeri Sembilan menafikan penjaja atau peniaga yang gerainya dirobohkan oleh MBS dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak akan dibenarkan berniaga semula.

“MBS menjelaskan para penjaja berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan semula peralatan perniagaan mereka daripada MBS selepas tamat tempoh PKPB bagi membolehkan mereka kembali berniaga.

“MBS menambah kebanyakan penjaja tidak berlesen kerana kawasan perniagaan berkenaan didapati tidak sesuai,” kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: