PRK Semenyih: Umno Selangor cadang enam nama

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

SHAH ALAM - Umno Selangor mengemukakan enam cadangan calon bagi PRK Semenyih untuk diputuskan pengurusan tertinggi parti itu.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan nama-nama calon itu dibuat dalam mesyuarat peringkat Umno negeri yang dijalankan semalam.

“Umno juga akan mengadakan mesyuarat perhubungan bagi membincangkan penglibatan semua bahagian di Selangor bagi membantu kemenangan calon BN di Semenyih.

”Bahagian Ulu Langat juga diminta bersedia dengan jentera dan lain-lain persiapan untuk menghadapi PRK kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Umno Selangor turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pas kerana bukan sahaja memberi laluan kepada parti itu, tetapi juga turut menyatakan komitmen untuk membantu BN.

“Keputusan Pas memberi laluan (tidak bertanding di Semenyih) jelas menunjukkan semangat kesetiakawan serta keikhlasan Pas di dlm bekerjasama bagi mempertahankan Islam serta mengangkat martabat bangsa yg kini sedang dihimpit teruk oleh kerajaan PH.

”Malah kepimpinan tertinggi Umno dan Pas Selangor telah pun mengadakan perjumpaan serta perbincangan untuk gerak kerja secara bersama di dalam PRK nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya turut optimis kerusi Semenyih mampu kembali ke pangkuan Umno Selangor dengan adanya kerjasama kukuh antara Pas nanti.

Artikel Berkaitan:

PRK Semenyih diadakan selepas Adun kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 16 Februari ini dan hari mengundi pula pada 2 Mac depan dengan tempoh kempen selama 14 hari.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun Semenyih meninggal dunia]