Taiwan adakan pilihan raya tempatan

Penduduk menunaikan tanggungjawab mereka di sebuah pusat pengundian di Taipei. - Foto AFP
Penduduk menunaikan tanggungjawab mereka di sebuah pusat pengundian di Taipei. - Foto AFP
A
A
A

TAIPEI - TAIWAN. Rakyat Taiwan mula mengundi, hari ini dalam pilihan raya tempatan yang akan menjadi ujian kepada sokongan terhadap parti pemerintah menjelang pemilihan presiden dalam tempoh lebih setahun.

Lebih 11,000 kerusi dipertandingkan di majlis perbandaran, daerah, bandar dan kampung selain Kaohsiung yang menjadi medan pertempuran untuk Parti Progresif Demokratik (DPP) yang telah menguasai bandar itu selama dua dekad.

Selain itu, pengundi juga akan ditanya sama ada Taiwan patut menyertai Olimpik Tokyo 2020 sebagai Taiwan atau 'China Taipei', nama yang dipersetujui di bawah perjanjian ditandatangani pada 1981.

Sebelum ini, Presiden Tsai Ing-wen berulang kali mendakwa China cuba untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya tersebut dengan 'pembulian politik' dan 'berita palsu'.

'Ini adalah perjuangan untuk demokrasi. Proses mengundi ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa maklumat palsu dan kuasa luar tidak akan mengalahkan demokrasi dan maruah Taiwan," kata beliau ketika perhimpunan di timur laut Taipei, semalam. - Agensi

Artikel Berkaitan: