X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Malaysian Tigers dituntut kekal positif, berdisiplin

KHM sedang menumpukan kepada tiga perkara utama dalam memastikan perancangan seterusnya Malaysian Tigers yang akan dilakukan selepas tempoh PKP berakhir.
A
A

PEMAIN hoki skuad kebangsaan dituntut sentiasa positif dan kekal berdisiplin melakukan latihan di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abd Razak berkata, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyedari cabaran buat barisan pemain Malaysian Tigers untuk melakukan latihan di rumah.

“Barisan ahli jawatankuasa juga menyedari ia cukup mencabar untuk terus duduk di rumah, namun sebagai pemain kebangsaan mereka perlu mengekalkan tahap disiplin serta emosi positif yang terbaik sepanjang tempoh ini.

“Bagi pemain beragama Islam, bulan Ramadan dalam tempoh PKPB ini boleh dijadikan platform mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan selain membentuk ikatan kekeluargaan yang lebih mesra bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Ahmad Najmi turut memaklumkan KHM sedang menumpukan kepada tiga perkara utama dalam memastikan perancangan seterusnya yang akan dilakukan selepas tempoh PKP berakhir.

“Ada tiga perkara utama yang kami akan berikan tumpuan iaitu memastikan pemain-pemain mengekalkan tahap kecergasan mereka sepanjang tempoh ini selain merangka program latihan selepas tamat PKPB yang mana semestinya latihan tersebut dan sebagainya tidak akan seperti biasa.

“Kami juga akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Majlis Sukan Negara (MSN) juga Institut Sukan Negara (ISN). Perkara terakhir adalah kami cuba mendapatkan pengesahan tarikh perlawanan yang akan datang bagi KHM dan barisan jurulatih mengatur perancangan sesi latihan yang efektif,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!