Penganggur didakwa bunuh calon AMK

M D Ozziram 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh seorang bekas calon Anggota Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Shah Alam M. Thiyahu, 30, pada 7 Jan lepas. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Seorang penganggur bakal berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas dia didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh calon AMK Shah Alam, M Thiyahu, awal bulan ini.

M D Ozziram, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, dia dan tiga lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama terhadap mangsa di bawah Blok 53, Flat Nilam Sari, Seksyen 7, dekat sini antara jam 5 hingga 5.30 petang pada 7 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Majistret Sabreena Bakar menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semua kes.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Thiyahu,30, cedera parah dipercayai ditetak sekumpulan lelaki.

Bagaimanapun mangsa yang bekerja sebagai operator kilang disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang di Hospital Shah Alam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas calon AJK AMK maut ditetak]