Satu maut, empat cedera bertembung treler

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit dalam pacuan empat roda selepas bertembung dengan sebuah treler di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit dalam pacuan empat roda selepas bertembung dengan sebuah treler di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dengan sebuah treler di Lebuh Raya Senai-Desaru, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, pacuan empat roda dinaiki empat lelaki bertembung dengan treler berhampiran jambatan pertama lebuh raya berkenaan.

Kemalangan tersebut menyebabkan penumpang hadapan, Mohd Nurizi Ahmad, 32, maut dan pemandu pacuan empat roda, Adam Abd Gani, 18, hanya cedera selepas tersepit di tempat duduk masing-masing.

Sementara dua lagi penumpang kenderaan berkenaan, Mohamad Haziq Zainal, 25, dan Mohamad Amor Syafiq Tahir, 23, cedera manakala pemandu treler, B Jaya Sangaran, 53, cedera ringan.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit dalam pacuan empat roda selepas bertembung dengan sebuah treler di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit dalam pacuan empat roda selepas bertembung dengan sebuah treler di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), satu jentera Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Balai BBP Penawar, Penolong Pegawai Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit

"Namun seorang daripadanya meninggal dunia yang disahkan oleh pembantu pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Semua mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru dengan menggunakan ambulans Klinik Felda Sening dan Ambulans Bandar Penawar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 2.25 petang.