Kakitangan JKM positif Covid-19

 Seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan disahkan positif koronavirus (Covid-19)
Seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan disahkan positif koronavirus (Covid-19)
A
A
A

SEREMBAN - Seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon selepas mendapat maklumat daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun ingin dimaklumkan bahawa diri saya tidak terjejas kerana tiada kontak dekat dengan kakitangan berkenaan.

"Pejabat JKM Negeri Sembilan akan ditutup sementara mulai hari ini hingga esok untuk tujuan proses nyah kuman dan akan beroperasi semula pada 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nicole yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, bagaimanapun pejabatnya yang berhampiran Pejabat JKM itu beroperasi seperti biasa kerana tidak berkongsi pejabat dengan JKM Negeri Sembilan.

Beliau berkata, urusan bagi ujian saringan terhadap mereka yang berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

Katanya, ia berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Sebarang perkembangan atau maklumat lain berhubung perkara berkenaan (kluster baharu Covid-19) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Setakat petang ini, terdapat 16 kes baharu positif Covid-19 telah dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 742 kes.

Daripada jumlah tersebut, lapan kes merupakan kes import dari kluster Pesantren, iaitu melibatkan pelajar yang pulang dari Indonesia dan kini ditempatkan di Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.