X

Kindly register in order to view this article
!

Sarjan ditahan kes cabul dua sukarelawan polis wanita

Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan seorang anggota polis berpangkat sarjan telah ditahan semalam atas dakwaan mencabul dua anggota sukarelawan polis wanita antara Rabu hingga Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota berusia 55 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.

“Kes cabul membabitkan anggota polis ini dilaporkan berlaku antara 6, 7 dan 8 Mei lalu.

"Saya tegaskan saya tidak akan bertolak ansur dalam kes seperti ini, tindakan akan dikenakan jika terbukti bersalah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika suspek bersama kedua-dua mangsa bertugas di sebuah balai polis bergerak di Muar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).