Sindiket edar dadah guna Wechat tumpas

Ayob( dua dari kanan) melihat dadah yang dirampas pada sidang akhar di Ibu Pejabat Polis Johor hari ini.
Ayob( dua dari kanan) melihat dadah yang dirampas pada sidang akhar di Ibu Pejabat Polis Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan aplikasi WeChat untuk mendapatkan pelanggan di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis turut merampas dadah bernilai RM454,215 melalui 15 serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru, Seri Alam, Iskandar Puteri dan Muar.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelbagai jenis dadah yang dijual menerusi WeChat itu turut menyasarkan golongan muda termasuk pelajar.

"Hasil siasatan mendapati sindiket ini mempunyai satu kumpulan grup WeChat yang mempunyai seramai 500 ahli.

"Pada 5 Mei lepas serbuan pertama dilakukan di sekitar Johor Bahru dan dua suspek ditahan. Susulan itu polis telah melakukan 11 lagi serbuan di sekitar Johor Bahru, Seri Alam dan Iskandar Puteri.

"Hasilnya seramai 26 suspek warga tempatan serta empat suspek warga asing berusia antara 16 hingga 39 tahun ditahan, ” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, polis turut menjalankan satu lagi operasi di Muar pada 5 Mei lalu yang membawa kepada rampasan dadah berjumlah RM21,045.

"Sepasang suami isteri ditangkap kerana disyaki terlibat dengan penagihan dadah. Seterusnya empat serbuan dilakukan membawa kepada penahanan empat suspek termasuk seorang warga asing.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 24 hingga 54 tahun dan kini dikenakan reman selama tujuh hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Imigresen 1959/63," katanya.