Angka kematian serangan bom kereta di Bogota meningkat

Anggota keluarga mangsa berkumpul di luar Sekolah Pegawai Jeneral Francisco de Paula Santander di selatan Bogota.
Anggota keluarga mangsa berkumpul di luar Sekolah Pegawai Jeneral Francisco de Paula Santander di selatan Bogota.
A
A
A

BOGOTA - COLOMBIA, Angka kematian akibat serangan bom kereta menyasarkan sebuah akademi latihan polis kadet di selatan Bogota meningkat kepada 21 orang, kata polis hari ini.

Serangan berlaku pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan) semalam itu turut menyebabkan puluhan mangsa cedera.

Saksi berkata, kenderaan SUV itu meletup ketika upacara kenaikan pangkat untuk kadet sedang berlangsung di Sekolah Pegawai Jeneral Francisco de Paula Santander.

Pendakwa raya, Nestor Humberto Martinez mengesahkan identiti suspek sebagai Jose Aldemar Rojas Rodriguez.

Lelaki berusia 57 tahun itu turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Sehingga kini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan. - BBC

Artikel Berkaitan: