Tiada jangkitan Covid-19 menerusi makanan

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan setakat ini tiada kes jangkitan koronavirus (Covid-19) menerusi makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.

"Saya rasa ramai yang risau isu ini tetapi kalau ada pun virus (pada makanan), ia akan mati apabila dimasak dengan suhu yang tinggi," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu keselamatan makanan susulan ramai peniaga bahan mentah di pasar dijangkiti wabak berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak semua makanan perlu dijemur sebagaimana dilakukan segelintir rakyat.

Menurutnya, KKM sedang menunggu laporan daripada Jabatan Veterinar mengenai kajian jangkitan virus terhadap makanan terutamanya bahan mentah seperti ayam.

"Contohnya kes jangkitan yang berlaku di Kilang Ayam, kita masih menunggu laporan jabatan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: