DBKL sita lima kedai runcit warga asing

Antara premis perniagaan yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Antara premis perniagaan yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima premis perniagaan di sekitar pusat bandar raya yang dikendalikan warga asing disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya meneruskan tindakan khas ke atas premis yang dijalankan tanpa kebenaran di empat lokasi termasuk Jalan Dwi Tasik, Bandar Tun Razak; Jalan Horley, Jalan Khoo Teik Ee dan Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan turut diambil ke atas sebuah premis cucian kereta yang juga dikendalikan warga asing.

“Hasil pemeriksaan di pusat cucian kereta terbabit mendapati pengusaha tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL, tindakan sita peralatan perniagaan dilaksanakan di premis berkenaan.

Antara premis perniagaan yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Antara premis perniagaan yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

“Lima premis yang disita pula melibatkan kedai runcit dan kedai menjual barangan basah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua barangan dan peralatan perniagaan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong bagi tujuan proses dokumentasi.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan DBKL akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

BLURKAN MUKA WARGA ASING
DBKL mengambil tindakan khas ke atas premis perniagaan di sekitar pusat bandar raya yang dikendalikan warga asing
BLURKAN MUKA WARGA ASING DBKL mengambil tindakan khas ke atas premis perniagaan di sekitar pusat bandar raya yang dikendalikan warga asing

Nor Hisham berkata, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

Menurutnya, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.