Mohd Ali dilantik senator wakili Melaka

ADUN mengangkat tangan menyokong pelantikan Mohd Ali sebagai senator.
ADUN mengangkat tangan menyokong pelantikan Mohd Ali sebagai senator.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad dipilih sebagai Senator Ahli Dewan Negara mewakili negeri Melaka di Dewan Negara.

Pelantikan itu diumumkan oleh Speaker, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah Mohd Ali mendapat undian majoriti 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) daripada 28 ADUN dalam sidang DUN hari ini.

Mohd Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dan Penasihat UMMAH Melaka dipilih atas cadangan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) dan disokong oleh Datuk Noor Affandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan dilantik memegang jawatan itu selama tempoh tiga tahun.

Usul berkenaan dibahaskan pada hari Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14.

Dalam pada itu, Mohd Ali menyatakan beliau akan memberikan perhatian utama kepada isu-isu pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sebelum itu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, secara rasmi dilantik sebagai Speaker DUN Melaka yang baharu manakala Datuk Ghazale Muhamad (BN-Rim) dipilih sebagai Timbalan Speaker.

Artikel Berkaitan: