Dua lelaki ditahan dipercayai cuba seludup 4,960 karton rokok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki tempatan, masing-masing berumur 33 dan 43 tahun, ditahan dalam ‘Op Asap’ di Puchong, Selangor, bagi membantu siasatan berhubung rampasan 4,960 karton rokok seludup pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata selain itu polis merampas dua buah lori dan sebuah kereta dengan anggaran nilai rampasan selepas cukai ditaksirkan berjumlah RM411,360.00 .

“Kedua-dua suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selama empat hari mulai 15 hingga 18 Januari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman itu adalah atas maklumat orang awam.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan: