Kerajaan pertimbang larang bawa anak ke pusat beli-belah

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk memasukkan peraturan baharu ke dalam Akta 342 bagi melarang ibu bapa membawa anak ke tempat khalayak ramai termasuk pusat beli-belah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu boleh dipertimbangkan sekiranya ibu bapa dilihat masih berterusan membawa anak-anak mereka ke tempat berkenaan.

"Jika ibu bapa dilihat masih tidak menghiraukan keselamatan anak mereka, kerajaan boleh buat undang-undang melarang tersebut tetapi buat masa ini, kita tidak meletak hal bawa anak ke pusat beli-beli belah dalam akta terbabit.

"Saya berharap ibu bapa mempunyai kawalan kendiri kerana anak adalah tanggungjawab mereka," katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini, kerajaan tidak meletakkan peraturan itu dalam akta untuk menghalang ibu bapa membawa anak mereka ke pusat beli-belah.

Beliau berkata, kerajaan masih berharap ibu bapa mempunyai kawalan kendiri serta berdisplin dengan tidak membawa anak-anak ke tempat tumpuan ramai kerana keselamatan anak di bawah tanggungjawab mereka.

"Ibu bapa kena tanya diri, adakah anak-anak mereka akan selamat jika berada dalam kumpulan manusia yang ramai, di tempat tertutup seperti dalam pasar raya," katanya.

Artikel Berkaitan: