X

Kindly register in order to view this article
!

509 disaring di PKPD Pasar Jalan Othman

Pasukan keselamatan melakukan rondaan di kawasan PKPD Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.
A
A

PETALING JAYA - Seramai 509 individu di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Jalan Othman, menjalani saringan Covid-19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seramai 361 membabitkan warga tempatan manakala 148 warga asing.

Menurutnya, saringan berkenaan akan dilakukan setiap hari di lima buah pusat saringan di kawasan PKPD berkenaan sehingga proses selesai.

Pihak JKM membuat agihan 'food basket' kepada penduduk di sekitar kawasan PKPD Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.
Pihak JKM membuat agihan 'food basket' kepada penduduk di sekitar kawasan PKPD Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mengagihkan sebanyak 659 'food basket' yang terdiri daripada 15 jenis barang keperluan kepada penduduk terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD terbaharu di Pasar Jalan Othman Petaling Jaya

PKPD: Lima individu ditahan di Pasar Jalan Othman

"Bekalan itu mampu menampung seramai empat orang dan boleh digunakan dalam tempoh lima hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, kawasan PKPD yang dilaksanakan ialah dalam lingkungan 3.4 kilometer persegi yang melibatkan kira-kira 2,614 penghuni dan premis kediaman.

Pasukan keselamatan melakukan rondaan di kawasan PKPD Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.
Pasukan keselamatan melakukan rondaan di kawasan PKPD Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

Terdahulu, PKPD dilaksanakan di kawasan berkenaan selepas KKM mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 dilaporkan di kawasan berkenaan.

"Susulan itu, sebanyak tiga zon dikategorikan dalam kawasan PKPD terbabit," katanya.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKPD Pasar Jalan Othman di talian 013-2666165.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus