Padah mencuri rumah pesakit Covid-19

Antara suspek pecah masuk rumah pesakit Covid-19 diberkas. - Detik News
Antara suspek pecah masuk rumah pesakit Covid-19 diberkas. - Detik News
A
A
A

MAKASSAR - Lima sekawan pecah masuk rumah pesakit koronavirus (Covid-19) menerima padah apabila dipaksa melakukan ujian saringan Covid-19 di Balai Polis Panakkukang.

Menerusi Detik News, Ketua Polis Dantim Resmob Panakkukang, Bripka Zulkadri berkata, suspek sedar rumah dimasuki itu merupakan rumah pesakit Covid-19 namun tidak mengendahkan.

Zulkadri berkata, suspek adalah orang yang tinggal di sekitar rumah mangsa.

"Mereka sudah mengetahui bahawa semua keluarga mangsa menjalani kuarantin dan mengambil peluang semasa ketiadaan tuan rumah.

"Mereka fikir tindakannya betul namun sebaliknya perlu menjalani saringan dan dikuarantinkan," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut, kelima-lima sempat masuk ke dalam rumah dan mencuri 15 gram koleksi emas dan wang tunai Rp20 juta (RM6,000) sebelum berjaya ditangkap polis.

Artikel Berkaitan: