Orang ramai 'kenduri' ikan

Beberapa gambar berkaitan kejadian itu termasuk orang ramai sedang berkumpul mengutip ikan telah tular di media sosial.
Beberapa gambar berkaitan kejadian itu termasuk orang ramai sedang berkumpul mengutip ikan telah tular di media sosial.
A
A
A

TELUK INTAN - Seakan pesta ikan apabila sebuah lori sarat membawa muatan empat tan ikan kembung terbalik di susur lebuh raya berhampiran Jambatan Batu 5, di sini hari ini.

Kejadian sekitar jam 4.30 petang itu telah menarik perhatian orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum berhenti dan bertindak mengutip ikan-ikan bertaburan atas jalan untuk dibawa pulang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, tindakan orang awam itu dibuat selepas mendapat kebenaran pemilik syarikat, malah pekerja syarikat terbabit turut mengumpul semula ikan-ikan berkenaan.

"Daripada keseluruhan jumlah ikan berkenaan, hanya 300 kilogram sahaja ikan yang diambil orang awam, selebihnya diambil semula oleh syarikat.

"Kerja-kerja mengutip ikan yang bertaburan selesai sekitar jam 7 malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai bertindak mengutip ikan yang bertaburan atas jalan selepas mendapat kebenaran pemilik syarikat.
Orang ramai bertindak mengutip ikan yang bertaburan atas jalan selepas mendapat kebenaran pemilik syarikat.

Beberapa gambar berkaitan kejadian itu termasuk orang ramai sedang berkumpul mengutip ikan telah tular di media sosial.

Mohd Marzukhi berkata, kejadian berlaku ketika lori dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemandu terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kerosakan pada lori tersebut pecah cermin depan dan pintu sebelah kiri kemek dan pintu kayu sebelah kiri pecah.

"Kejadian ini menyebabkan pemilik syarikat ini mengalami kerugian lebih kurang RM20,000," katanya.