Persatuan pengilang mahu kerajaan tanggung kos saringan Covid-19

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil sampel ketika menjalankan saringan Covid-19. Gambar hiasan
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil sampel ketika menjalankan saringan Covid-19. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mahu kerajaan menanggung kos saringan koronavirus (Covid-19) bagi pekerja.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, memandangkan koronavirus (Covid-19) merupakan risiko kesihatan besar terhadap kepentingan awam, kerajaan seharusnya menanggung kos saringan bagi wabak itu.

“Kerajaan juga perlu memastikan kit ujian pantas yang mencukupi tersedia untuk semua klinik yang diluluskan melakukan saringan ke atas pekerja,” katanya.

Beliau juga menyarankan kerajaan menambah jumlah makmal dan hospital yang diperakui Kementerian Kesihatan (KKM) serta dimasukkan ke dalam Program Saringan Prihatin, Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk membolehkan proses saringan lebih pantas.

Hari ini, semasa menyampaikan perutusan khas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan atas nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara, PKPB yang berkuat kuasa sehingga 12 Mei, 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: